Syarat Lulus Pinjaman Kereta dari Bank ini dikongsi oleh Perodua Promo kerana kami sentiasa ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pelanggan. Kami akan cuba sedaya upaya untuk merialisasikan impian pelanggan kami mendapatkan kereta idaman.
Sebagai sedikit gambaran kepada pelanggan kami di Perodua Promo, kami kongsikan dengan anda sedikit maklumat berkenaan dengan beberapa syarat yang diperlukan apabila ingin membuat pinjaman kereta sama ada untuk full loan atau loan biasa.
Syarat yang dikongsikan ini adalah terpakai kepada semua bank komersial di Malaysia secara umum. Walaubagaimanapun, setiap bank terdapat syarat tambahan yang ditetapkan bergantung pada budi bicara.
Apabila anda sudah menyerahkan dokumen kepada penjual kereta, ini bermakna bahawa anda telah setuju dengan proses pembelian kereta tersebut. Pihak jurujual pula akan menghantar semua dokumen tersebut kepada pihak bank untuk urusan pinjaman kereta tersebut.
Syarat Lulus Pinjaman Kereta
- Nama tidak senarai hitam/ Muflis
- Mempunyai slip gaji atau bukti pendapatan bulanan
- Bagi tidak mempunyai slip gaji, wajib mempunyai guarantor (Penjamin)
- Ansuran kereta mestilah 1/3 dari gaji bersih anda
Contoh Pengiraan Lulus Pinjaman Kereta
- Bayaran bulanan Kereta: RM600
- RM600 X 3: RM1800
- Maka gaji bersih anda mestilah sekurangnya RM1800 untuk memiliki kereta yang ansuran bulana RM600
Tempoh Masa Lulus Pinjaman Kereta (Car Loan) Menerusi Bank Komersial
- Setelah jurujual kereta menghantar dokumen lengkap, pihak bank akan menjalankan temuduga menerusi telefon. Biasanya pihak bank akan menghubungi anda dalam 2 hingga 3 hari bekerja. Tujuannya adalah untuk pengesahan bahawa anda membuat pinjaman tersebut.
- Keputusan bank untuk meluluskan pinjaman adalah selama 2-3 hari bekerja. Pihak bank kebiasaanya akan menghubungi pihak jurujual untuk keputusan pinjaman.
- Maksimum kelulusan pinjaman juga boleh mengambil masa seminggu bergantung kepada bank yang anda mohon.
Jika anda sudah mencuba beberapa kali membuat pinjaman kereta tetapi tidak berjaya, hubungi kami Perodua Promo untuk kami membantu anda.
Terdapat pelanggan kami sudah 5 kali membuat percubaan untuk membuat pinjaman kereta, akhirnya berjaya dengan pertolongan kami di Perodua Promo.
Jika anda ingin dapatkan promosi terkini dari perodua, lihat Promosi Perodua 2018.
Hubungi: +6 013-624 7801 (Izzuddin)