Ultra Racing Untuk Myvi

Ultra Racing adalah jenama yang tidak asing lagi dikalangan peminat kereta dengan spesifikasi sport di Malaysia. Ultra Racing adalah syarikat yang bertapak di Malaysia yang pakar dalam pembuatan chassis handling dan tuning.

Untuk model Myvi sama ada 1st Gen (2005-2011), 2nd Gen (2011-2017) atau 3rd Gen (2017-sekarang), Ultra Racing ada mengeluarkan produk safety bar mereka untuk semua model kereta myvi yang ada.

Kelebihan Menggunakan Safety Bar Ultra Racing Untuk Myvi

Antara kelebihan menggunakan Ultra Racing Safety Bar Untuk Myvi adalah:

– Mengurangkan pergerakan badan kereta sehingga 40%

– Meningkatkan pengendalian & kestabilan kereta anda.

– Kurangkan bengkokan casis.

– Meningkatkan prestasi brek.

– Meningkatkan keselamatan & keselesaan anda

– Kurangkan bunyi bising

Jenis Safety Bar Ultra Racing Untuk Myvi

Terdapat 3 stage pemasangan Safety Bar Ultra Racing untuk Perodua Myvi:

Stage 1: Front Strut Bar dan Rear Anti Roll Bar.

Kombinasi pemasangan stage 1 adalah untuk pengguna biasa. Pemasangan untuk stage 1 akan menjadikan kenderaan anda kukuh dan stabil.

Jika anda inginkan kelainan yang mengujakan dalam pemanduan anda, anda boleh cuba stage 1. Anda akan tersenyum apabila merasainya. Pemanduan yang stabil dan anda akan merasai seolah-olah anda membawa kereta rally.

Perodua-Myvi-Lagi-Best-1.3-Front-Strut-Bar-min

Myvi Front Strut Bar

Perodua-Myvi-Lagi-Best-1.3-Rear-Anti-roll-Bar-min

Myvi Rear Anti roll Bar

Stage 2: Front Lower Bar, Mid Lower Bar dan Rear Lower Bar

Kombinasi pemasangan stage 2 adalah untuk pengguna yang inginkan prestasi dan pengendalian yang lebih baik untuk kereta mereka. Pemasangan untuk stage 2 akan menjadikan kenderaan anda cukup kukuh dan stabil untuk prestasi yang tinggi.

Perodua-Myvi-Lagi-Best-1.5-Front-Lower-Bar (1)-min

Myvi Front Lower Bar

Stage 3: Fender Bar, Side Bar, Rear Strut Bar, Room Bar, Front Torsion Bar dan Rear Torsion Bar

Stage 3 adalah kombinasi set lengkap bar yang tersedia untuk model kereta anda. Pemasangan Stage 3 adalah untuk pemilik kenderaan yang inginkan penggunaan berprestasi tinggi dan untuk aktiviti sukan permotoran.

Perodua-Myvi-1.0-Fender-Bars1-min

Myvi Fender Bars

Perodua-Myvi-Lagi-Best-1.3-Side-Lower-Bar1

Myvi Side Lower Bar

Perodua-Myvi-Lagi-Best-1.3-Rear-Strut-Bar-min

Myvi Rear Strut Bar

Perodua-Myvi-1.0-Rear-Upper-Bar-min

Myvi Rear Upper Bar

Perodua-Myvi-Lagi-Best-1.3-Room-Bar-min

Myvi Room Bar

Harga Safety Bar Ultra Racing Untuk Myvi

Jika anda ingin mendapatkan harga terkini safety bar ultra racing untuk myvi, anda boleh terus hubungi Ultra Racing. Pastikan anda dapatkan yang original dari HQ atau dealer mereka.

Disini kami senaraikan harga anggaran Ultra Racing untuk Myvi, tidak termasuk upah pasang.

ULTRA RACING Front Strut Bar Perodua Myvi – RM 244.00

ULTRA RACING Rear Anti-Roll Bar Perodua Myvi – RM 474.00

ULTRA RACING Rear Bar Perodua Myvi – RM 277.00

ULTRA RACING Rear Upper Bar Perodua Myvi – RM 200.00

ULTRA RACING Room Bar Perodua Myvi – RM 277.00

ULTRA RACING Fender Bar Perodua Myvi – RM 434.00

Harga diatas adalah untuk anda dapatkan anggaran kos pemasangan ultra racing untuk perodua myvi anda. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Ultra Racing.

Review Safety Bar Ultra Racing Untuk Myvi

Apa yang orang kata berkenaan dengan Ultra Racing untuk Myvi setelah memasangnya pada kenderaan mereka?

Kawalan pemanduan lebih baik. Dapat mengambil selekoh dengan yakin apabila kurang pergerakan badan kenderaan.

Rasa stering yang lebih kemas dan kurang goyang.

Kenderaan stabil pada kelajuan tinggi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan kereta baru Perodua Myvi, Alza, Bezza & Axia, boleh hubungi Sales Advisor Perodua kami:

013-624 7801 – Izzuddin

 

Artikel kami yang lain ….

Diskaun Khas Perodua Rebate Cukai Jualan 2020

Sempena pengumuman Perdana Menteri mengenai pengecualian cukai jualan keatas kereta tempatan dan import, pihak PERODUA telah mengeluarkan jadual harga promosi diskaun khas untuk harga kereta keluaran Perodua bermula 15 Jun 2020 hingga 31 December 2020. Disini...

Skim Graduan Perodua

Skim Graduan Perodua

Jika anda sedang mencari kereta baru, tapi baru sahaja bekerja, dapatkan kereta perodua idaman anda dengan skim graduan perodua. Disini dinyatakan secara ringkas berkenaan skim graduan ini, untuk membantu anda dapatkan gambaran awal berkenaan dengan skim ini. Jika ada...

Tempahan Perodua Axia 2019 sudah mula dibuka !!!!

Tempahan Perodua Axia 2019 sudah mula dibuka !!!!

Tempahan Perodua Axia 2019 sudah mula dibuka !!!. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi yang terawal. Dengan ciri-ciri yang cukup menarik, harga yang ditawarkan cukup berbaloi. Harga anggaran dari RM 24,090 6 variant ditawarkan : Axia E : RM 24, 090 Axia G : RM 33,...